Thursday, 9 June 2011

Bye Bye Bendtner

Selepas lama memanaskan bangku pemain simpanan, kini Nicklas Bendtner sudah hilang sabar terhadap janji Wenger sebagai pemain penyerang pilihannya. Penyerang yang telah dikaitkan dengan perpindahan 13.7 juta pound ke kelab utama Eropah seperti AC Milan, Bayern Munich dan Sevilla itu telah menyatakan keputusannya untuk berpindah demi mendapat peluang bermain dalam kesebelasan utama.

Peminat Arsenal juga tak kisah jika Bendtner pergi meninggalkan kelab. Memang tak hairan la disebabkan Bendtner sendiri tidak pernah cuba memenangi hati peminat yang mahu melihat wujudnya penyerang yang berkualiti selepas pemergian King Henry...

" Saya berjanji tiada semusim lagi seperti ini dan saya telah memutuskan 100% untuk berpindah ke kelab baru. Saya telah lama memikirkan untuk membuat keputusan ini dan saya yakin akan berjaya di kelab baru."

Wenger yang semestinya mengharap untuk menamatkan kemarau trofi selama 6 tahun pastinya mengharapkan sejumlah dana dari perpindahan Bendtner untuk memantapkan lagi bahagian pertahanan yang goyah. Bagi pendapat aku Bendtner pergi pun Arsenal takkan kehilangan ape2...(aku pun bosan tengok si Bendtner ni).

2 comments:

  1. Bendtner power kot.. arsenal je xreti nak gne.. haha.. Nasri welcome to MU... hahaha aku 1st komen ni...

    ReplyDelete