RUBIKIUB
Friday, 10 June 2011
Welcome To Emirates Carl Jenkinson
Hari Rabu yang lalu pakcik Wenger telah menandatangani seorang pemain pertahanan baru dari Charlton Athletic. Jenkinson yang baru berusia 19 tahun telah menyatakan kekagumannya kepada legenda Arsenal, Tony Adams (mungkin ni salah satu sebab dia menyertai Arsenal).
"Menjadi salah seorang pemain Arsenal adalah sesuatu yang sukar digambarkan memandangkan saya adalah penyokong kelab ini ketika kecil."
Pembelian pertama Arsenal untuk musim panas ini diharapkan dapat menampung kekurangan pada bahagian pertahanan Arsenal selepas aksi Squillaci yang tak seperti diharapkan peminat setia Arsenal. Welcome to Emirates Carl.
Sementara itu pertahanan Blackburn, Phil Jones hampir melengkapkan perpindahan bernilai 16 juta pound ke musuh Arsenal, Man Utd. Jones yang hanya menunggu pengesahan perubatan sebelum ni telah dikaitkan ke Arsenal, Liverpool, Man City dan Tottenham sebelum ini tetapi akhirnya memilih Old Trafford sebagai destinasi musim panasnya.
Thursday, 9 June 2011
Bye Bye Bendtner
Selepas lama memanaskan bangku pemain simpanan, kini Nicklas Bendtner sudah hilang sabar terhadap janji Wenger sebagai pemain penyerang pilihannya. Penyerang yang telah dikaitkan dengan perpindahan 13.7 juta pound ke kelab utama Eropah seperti AC Milan, Bayern Munich dan Sevilla itu telah menyatakan keputusannya untuk berpindah demi mendapat peluang bermain dalam kesebelasan utama.
Peminat Arsenal juga tak kisah jika Bendtner pergi meninggalkan kelab. Memang tak hairan la disebabkan Bendtner sendiri tidak pernah cuba memenangi hati peminat yang mahu melihat wujudnya penyerang yang berkualiti selepas pemergian King Henry...
" Saya berjanji tiada semusim lagi seperti ini dan saya telah memutuskan 100% untuk berpindah ke kelab baru. Saya telah lama memikirkan untuk membuat keputusan ini dan saya yakin akan berjaya di kelab baru."
Wenger yang semestinya mengharap untuk menamatkan kemarau trofi selama 6 tahun pastinya mengharapkan sejumlah dana dari perpindahan Bendtner untuk memantapkan lagi bahagian pertahanan yang goyah. Bagi pendapat aku Bendtner pergi pun Arsenal takkan kehilangan ape2...(aku pun bosan tengok si Bendtner ni).

Wednesday, 8 June 2011
Pray For Them
Tau tak gambar ape ni? Ni la gambar kawasan tragedi tanah runtuh kat Batu 14 Hulu Langat yang terjadi baru2 ni...bukan pergi untuk sajer2 tapi sebahagian dari tugas aku...agak tragis jugak la...
Tengok dalam paper tak nmpk keadaan yang sebenar kan? So, kat sini aku nk berkongsi keadaan suasana tempat ni lepas terjadinye tragedi tu...cerun yang runtuh tu pun ntah brapa banyak isipadu die...memang dasyat la sampai bangunan yang diperbuat dari konkrit pon boleh ranap...
So, kepada kita yang masih hidup ni tolong la amik iktibar dari tragedi ni...elakkan kejadian yang same berulang...papepon...pray for them...Al-Fatihah...
Subscribe to:
Posts (Atom)